Jumat, 21 November 2014   |   Sabtu, 28 Muharam 1436 H
33
Anda pengunjung ke
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA

 

RESENSI BUKU

24 Mei 2007

Memertabatkan Warisan Pendeta Za`ba

Memertabatkan Warisan Pendeta Za`ba

Judul : Memertabatkan Warisan Pendeta Za‘ba

Penyunting : Abdul Hamid Mahmood, Idris Md. Radzi, Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir

Penerbit : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

Genre : Esei

Mukasurat : 164  halaman

Cetakan Pertama : 2005

ISBN : 9832620511

(Berat : 300    Harga : 25.00)
Nombor siri : 3841114
Status Stok: Stok masih ada
Harga : RM25.00
 

Esei-esei yang terkumpul dalam buku ini membicarakan ketokohan Pendeta Za‘ba. Za‘ba (Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad) ialah tokoh pejuang bahasa dan bangsa yang diiktiraf oleh masyarakat dan negara Malaysia, khususnya dan alam Melayu, umumnya sebagai tokoh. cendekiawan yang cukup berwibawa dan sukar untuk ditandingi sejak dahulu hingga sekarang. Ekoran itu satu seminar kebangsaan yang bertemakan Memartabatkan Warisan Pendeta Za ‘ba telah diadakan untuk membincangkan bermacam-macam persoalan tentang tokoh dan negarawan ini.

 

Dalam buku ini terdapat 16 buah esei dengan pelbagai judul berkenaan Za ‘ba yang ditulis oleh wakil-wakil institusi yang terlibat. Kesemua esei ini menyentuh pelbagai persoalan mengenai Za ‘ba sebagai ingatan dan sanjungan terhadap sumbangan-sumbangan yang ditaburkannya dalam memartabatkan bangsa dan bahasa Melayu.

 

Za‘ba sangat cinta kepada bahasa, bangsa dan tanah airnya. Peranan beliau yang sentiasa berlandaskan keahlian, kecintaan dan kecekalan ternyata disedari dan diakui oleh masyarakat bangsanya. Beliau ialah pemikir dan pencetus beberapa gagasan besar dalam pelbagai bidang -agama, ekonomi, bahasa, sastera, politik, pendidikan dan kebudayaan sebagai suatu keseluruhan yang menandai tamadun Melayu. Daripada sekian banyak bidang yang diceburi, bidang bahasalah yang paling banyak dikaitkan orang dengan ketokohan dan sumbangan beliau.


Kandungan

 

Ucap Utama: Kesinambungan Warisan Semangat Kebangsaan Pendeta Za‘ba


Kolonel Profesor Dato‘ Dr. Kamarudin Kachar Pengerusi Seminar Kebangsaan

  1. Riwayat Hidup dan Perjuangan Kebangsaan Pendeta Za ‘ba (Profesor Madya Zainal Abidin Borhan, Universiti Malaya)
  2. Sumbangan Pemikiran Za ‘ba dalam Pelanjutan Tradisi Linguistik Melayu (Dr. Haji Awang Sariyan ,Dewan Bahasa dan Pustaka)
  3. Pemupukan Warisan Patriotisme Pendeta Za ‘ba (Dato‘ Mohd. Noor Azam, Kuala Lumpur)
  4. Perjuangan Za ‘ba Memartabatkan Bahasa Melayu (Kamaruzzaman A. Kadir, Seremban, Negeri Sembilan)
  5. Penghayatan Karya Pendita Za ‘ba: llmu Mengarang Melayu (Prof. Dato ‘ Dr. Mohd. Taib bin Osman, Universiti Malaya)
  6. Cabaran Perkembangan Yayasan Pendeta Za ‘ba (Dato‘ Hj. Mohd Zain Hj. Hamzah)
  7. Strategi Kesinambungan Titisan Warisan Pendeta Za ‘ba: Peranan Sekolah (Prof. Dr. Hj. Amat Juhari Moain, Universiti Putra Malaysia)
  8. Strategi Kesinambungan Titisan Warisan Pendeta Za ‘ba: Peranan UPSI Melestarikan
  9. Warisan Pejabat Karang Mengarang Za ‘ba (Prof Dr. Abdul Hamid Mahmood Universiti Pendidikan Sultan Idris)
  10. Strategi Kesinambungan Titisan Warisan Pendita Zaba: Peranan Ahli Sejarah. (Prof Emeritus Dato ‘ Khoo Kay Kim, Universiti Malaya)
  11. Strategi Kesinambungan Titisan Warisan Pendeta Za‘ba: Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (Dato‘ Haji A. Aziz Deraman, Kuala Lumpur)
  12. Strategi Kesinambungan Titisan Warisan Za ‘ba: Peranan Media Massa (Dato‘ Hj Mohd Zain Haji Hamzah, Kuala Lumpur)
  13. Strategi Kesinambungan Titisan Warisan Pendita Za ‘ba: Za ‘ba Dari Sudut Pemaparan Media Massa (Abdul Manaf Saad, Universiti Malaya)
  14. Pendokumentasian dan Pemeliharaan Warisan Pendeta Za ‘ba (Hajah Rahani Jamil, Arkib Negara Malaysia)
  15. Perjuangan Sosiopolitik Kebangsaan Za‘ba (Norhalim Hj Ibrahim, Kuala Lumpur)
  16. Strategi Kesinambungan Titisan Warisan Pendita Za‘ba: Peranan Perpustakaan Negara Malaysia (Dato ‘ Zawiyah binti Baba, Perpustakaan Negara Malaysia)
Sumber : www.ujanailmu.com.my
Dibaca : 9514 kali.