Tuesday, 2 September 2014   |   Tuesday, 7 Dzulqaidah 1435 H
Online Visitors : 1.513
Today : 10.342
Yesterday : 22.071
Last week : 167.818
Last month : 677.761
You are visitor number 97.077.959
Since 01 Muharam 1428
( January 20, 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • No data available

 

Book Review



12 juli 2007 23:07

Senjata-senjata Dizaman Kesultanan Melayu Johor

Senjata-senjata Dizaman Kesultanan Melayu Johor

Judul : Senjata-senjata Dizaman Kesultanan Melayu Johor
Pengarang : Hanizah Jonoh
Penerbit : Yayasan Warisan Johor
Genre : Sejarah
Mukasurat : 130  halaman
Cetakan Pertama : 1997
ISBN : 983993287x
Nombor siri : 4041111
Status Stok: Stok masih ada
Harga : RM65.00

Keris yang asalnya dari perkataan kekeratan "Ke" dan "aris" yang bermakna tenang, lambat atau halus adalah kelompok senjata tikam yang merupakan lambang kekuatan para hulubalang serta kerajaan-kerajaan purbakala di zaman dahulu. Di Acheh ia dikenali sebagai Rencong, di Sulawesi sebagai Badek, Jawa Barat sebagai Kujang dan JawaTengah serta Timur sebagai Keris. Kini ianya menjadi lambang kebangaan orang-orang Melayu serta kepulauan sekitarnya.
Dipercayai seni perkerisan telah bertapak sejak 600 tahun dahulu di Tanah Melayu. Terdapat juga catatan sejarah tentang penemuan senjata pendek bergambar manusia pada hulunya yang dijumpai di Vietnam lebih 2000 tahun dahulu. Penemuan ini menunjukkan kekayaan seni persenjataan tradisional yang pada suatu masa dahulu berkembang dengan begitu pesat.

 

Jika diteliti sejarah purbakala, terdapat unsur-unsur alam semulajadi seperti tanah, batu, pasir, tembaga besi, emas, perak, berlian, batu permata serta batu delima yang menghiasi serta memperkukuhkan bentuk keris serta senjata-senjata lain. Elemen-elemen ini jarang kita ketemui didalam seni perkerisan kini. Senjata diakhir abad ke`20 kini didapati tercipta menggunakanl alat-alat tertentu. Sebagai perbandingan kita dapati seni pertukangan senjata dahulu terutamanya keris dihasilkan melalui tangan-tangan manusia serta unsur-unsur tradisional lain dengan penuh  ketelitian dan peradaban. Mereka ini dikenali sebagai Empu yang menjalankan aktiviti pertukangan keris ini di dalam lingkungan istana. Jelas, ianya merupakan suatu kerjaya yang dikagumi suatu masa dahulu. Keris-keris ini kemudiannya disepuh dengan pelbagai air yang didapati dari unsur-unsur semulajadi yang suci seperti air hujan, air yang tersimpan di masjid dan air dari tujuh kuala/ pulau. Upacara sepuhan ini juga dilakukan pada hari-hari yang diutamakan seperti hari Jumaat dan pada bulan Ramadhan.

 

Tidak hairanlah, unsur-unsur suci ini menjadikan senjata sebagai alat persenjataan ( untuk tujuan yang hak ), kekebalan dari malapetaka, semangat yang kuat, peribadi yang tinggi, penyembuh penyakit, sebagai azimat serta bagi upacara pembersihan jiwa. Namun begitu, setiap upacara serta kepercayaan diatas dipengaruhi oleh pegangan agama serta adat yang praktis oleh masyarakat sezamannya.

 

Atas pengaruh inilah keris dan senjata-senjata lain tidak terlepas dari unsur-unsur jahat yang dianuti oleh penggunanya yang tidak diredhai Allah s.w.t. Akan tetapi kita harus berbanga kerana senjata-senjata ini walaupun telah hilang sebahagian besar unsur-unsur kekuatannya masih lagi diterima dan telah diangkat martabatnya sebagai alat  kebesaran  diraja amnya dan di Johor khasnya. Senjata-senjata juga didapati digunakan didalam upacara-upacara persilatan serta pameran dan menjadi koleksi berharga pencinta senjata tanahair.


Kandungan

 

Pengenalan

 

BAB 1. SEJARAH KESULTANAN MELAYU JOHOR


Latarbelakang Sejarah Negeri  Johor

Kesultanan  Melayu Johor serta perkembangannya

 

BAB 2. DEFINISI  DAN TIPOLOGI SENJATA


Definisi Senjata Secara Umum

Tipologi Senjata Di Negeri Johor

 

BAB 3. SENI DALAM PERSENJATAAN MELAYU JOHOR


Ukiran dan Motif Pada Keris

Seni dan Motif Pada Meriam Melayu

Seni dan Motif Pada Lembing / Tombak

Seni dan Motif Pada Pedang

 

BAB 4- SENJATA DALAM KEBUDAYAAN MELAYU JOHOR


Sejarah Penggunaan Senjata Dalam Kesultanan Melayu Johor

Sejarah Penggunaan Senjata Dalam Adat Istiadat Kesultanan

Senjata Di Kalangan Rakyat Biasa

Senjata Sebagai Simbol Warisan dan Kekuasaan

KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI

INDEKS

Sumber : www.ujanailmu.com.my

Read : 6.382 time(s).