Jumat, 22 Agustus 2014   |   Sabtu, 25 Syawal 1435 H
Pengunjung Online : 1.295
Hari ini : 8.611
Kemarin : 21.250
Minggu kemarin : 137.461
Bulan kemarin : 420.919
Anda pengunjung ke 97.040.045
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

Resensi Buku



24 mei 2007 23:07

Melaka Pusat Peyebaran Islam Di Nusantara

Melaka Pusat Peyebaran Islam Di Nusantara

Judul : Melaka Pusat Peyebaran Islam Di Nusantara
Pengarang : Mohd Jamil Mukmin 
Penerbit : Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)
Genre : Sejarah
Mukasurat : 270  halaman
Cetakan Kedua : 2004
ISBN : 98326008x
Nombor siri : 98326008x
Status Stok: Stok masih ada
Harga : RM40.00

Penulis memfokuskan kepada tajuk Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara ini untuk menyingkap secara menyeluruh dan mendalam tentang peranan yang dimainkan oleh Melaka dalam mengembangkan agama Islam di dunia sebelah sini yang dilihat adalah amat memberansangkan. Memang tidak dapat menafikan bahawa sebelum Empayar Melaka muncul kerajaan Samudera-Pasai (1280- 1400M) adalah pusat penyebaran Islam. Selepas Melaka pula Acheh (l511-1620M), diikuti pula Pattani (1564-1782M), Johor-Riau (1650- 1800M) , Brunei, Demak dan Mindanao telah memainkan peranan penting di dalam penyebaran Islam ini. Walaubagaimanapun peranan yang dimainkan oleh Melaka adalah berbeza dalam banyak perkara dan begitu menonjol jika dibandingkan dengan kerajaan-kerajaan tersebut. Dalam zaman keagungannya, Melaka telah menjadi pusat perdagangan bukan sahaja di Nusantara tetapi juga di rantau yang lebih luas lagi. Hubungan perdagangan Melaka meliputi negara-negara Arab, Parsi, India dan Afrika di sebelah barat; manakala Farmosa, China serta Jepun di sebelah timur. Dalam masa yang sama pula, Melaka telah memainkan peranannya menyebarkan agama Islam bukan sahaja di Nusantara tetapi juga dengan negara-negara yang ada kaitan dan mempunyai hubungan dagangan dengannya seperti di atas.

 

Kandungan

  1. Nusantara Sebelum Kedatangan Islam
  2. Kedatangan Islam Ke Nusantara
  3. Kesultanan Melayu Melaka
  4. Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam Di Tanah Melayu
  5. Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam Dl Wilayah-Wilayah Lain Di Nusantara
  6. Melaka Sebagai Pusat Ilmu Pengetahuan Islam
  7. Pengaruh Islam Dalam Sistem Perundangan Melaka
  8. Pembaharuan Yang Dibawa Oleh Islam Dl Melaka Dan Wilayah-Wilayah Lain Di Nusantara
  9. Kedudukan Islam Di Malaysia Dalam Abad Ke-20 Dan Awal Abad Ke-21
  10. Kemajuan Islam Di Melaka Hari Ini

Sumber : www.ujanailmu.com.my

Dibaca : 4.932 kali.
07 maret 2012 00:07

Dosa-dosa Para Pemimpin Melayu Nusantara

02 november 2011 00:07

Sejarah Hukum Adat dan Adat Istiadat Kalimantan Barat