Selasa, 21 Oktober 2014   |   Arbia', 26 Dzulhijah 1435 H
Pengunjung Online : 1.991
Hari ini : 14.570
Kemarin : 20.089
Minggu kemarin : 174.811
Bulan kemarin : 802.699
Anda pengunjung ke 97.252.823
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

Resensi Buku



24 mei 2007 23:07

Pantun

Pantun

Judul : Pantun

Pengarang : Hj. Mokhtar Yasin

Penerbit : IKSEP

Genre : Budaya

Mukasurat : 36 halaman

Cetakan Pertama : 2005

ISBN : 9832600197
Nombor siri : 3041134
Status Stok: Stok masih ada
Harga : RM6.50

Pantun ialah puisi tradisional Melayu turun-temurun yang tertua di dalam Budaya Melayu. la adalah akar budi dan daya rasa yang selalu membijaksanakan fikiran dan memperindah perasaan. Boleh dikatakan semua suku bangsa di Alam Melayu mempunyai bentuk pantunnya sendiri dalam dialek atau bahasa ibunda masing-masing. Pantun berbanding dengan syair. gurindam, seloka, rubai, ghazal dan sebagainya mempunyai kedudukan tersendiri sebagai alat untuk menyatakan hajat -pembayang niat, bunga istiadat, pembuka kata, penamat bicara, pengucapan rindu dagang merantau.


Anak-anak Melayu dahulu pandai berpantun.
Justeru itu pantun digunakan dalam kehidupan budaya Melayu. Inilah peninggalan pusaka nenek moyang mewariskan kepada kita dari pujangga tak bernama, khazanah yang memperkayakan perbendaharaan sastera kita. Pantun telah wujud sejak zaman berzaman, tetapi telah berkembang semenjak kerajaan-kerajaan Melayu ditubuhkan seperti Kerajaan Melayu Champa dan Srivijaya dalam abad ke-7 dan kemuncak Empayar Melayu Melaka pada abad ke-15 dan 16. Pantun merupakan puisi yang begitu diminati oleh orang-orang Melayu hinggalah ke hari ini.


Dengan mempelajari pantun Melayu. kita dapat mengenali masyarakat Melayu yang melahirkan pantun. Sistem kekeluargaan yang terikat erat dengan adat dan peraturan terpancar dalam bentuk puisi pantun yang kukuh sifatnya sentiasa dijaga dan dipelihara. Jika berubah dari sifat dan bentuk asasinya ia tidak lagi dinamakan pantun.

 

Kandungan

  1. Pengenalan
  2. Pantun -Pembuka Bicara
  3. Struktur Pantun
  4. Hubungan Pembayang dan Maksud
  5. Jenis Pantun
  6. Klasifikasi Pantun
  7. Peraturan dan Aturcara Pertandingan Pantun

Sumber : www.ujanailmu.com.my

Dibaca : 8.232 kali.
07 maret 2012 00:07

Dosa-dosa Para Pemimpin Melayu Nusantara

02 november 2011 00:07

Sejarah Hukum Adat dan Adat Istiadat Kalimantan Barat