Rabu, 26 November 2014   |   Khamis, 3 Shafar 1436 H
Pengunjung Online : 1.452
Hari ini : 6.952
Kemarin : 21.688
Minggu kemarin : 160.999
Bulan kemarin : 718.966
Anda pengunjung ke 97.383.099
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

Budaya Melayu

Pantun untuk Memulai Prosesi Akad Nikah

Pantun ini berisi ungkapan-ungkapan tanda dimulainya prosesi akad nikah. Pantun ini dilantunkan saat rombongan pihak lelaki telah tiba di kediaman keluarga perempuan. Pemimpin prosesi akad nikah (datuk sidang) dari pihak perempuan akan memimpin acara dengan mula-mula menyambut barang hantaran dari pihak lelaki, dan mengucapkan selamat datang dengan menggunakan kata-kata yang sopan dalam ungkapan yang indah:

 

001.


Bukan lebah sebarang lebah

Lebah bersarang di atas atap

Bukan sembah sebarang sembah

Sembah saya nak bercakap

002.

Bukan lebah sebarang lebah

Lebah bersarang di buku buluh

Bukan sembah sebarang sembah

Sembah berangkat jari sepuluh

003.

Bukan lebah sebarang lebah

Lebah bersarang di atas tikar

Bukan sembah sebarang sembah

Sembah saya dari ujung sampai ke pangkal

004.

Bukan lebah sebarang lebah

Lebah bersarang di atas nangka

Bukan sembah sebarang sembah

Sembah saya ni nak membayar adat pesaka

005.

Bukan lebah sebarang lebah

Lebah bersarang di pokok nangka

Bukan sembah sebarang sembah

Sembah untuk adat pesaka

006.

Tanam buluh berumpun-rumpun

Tanam mari dalam lembah

Minta maaf serta ampun

Ampun saya mengangkat sembah


007.

Tanam mari dalam lembah

Lembah bernama sawah bendang

Ampunkan saya mengangkat sembah

Sembah saya kepada Undang


008.

Lembah bernama sawah bendang

Ulu badek keris pusaka

Sembah saya kepada undang

Serta kepada datuk lembaga


009.

Ulu badek keris pusaka

Pakaian anak raja marhum

Sembah kepada datuk lembaga

Serta sampai kepada hukum


010.

Pakaian anak raja marhum

Raja yang adil Raja Telapak

Sembah sampai kepada hukum

Sembah kepada ibu bapak

011.

Raja yang adil Raja Telapak

Raja semayam di atas takhta

Sembah kepada ibu bapak

Sembah semua segala yang ada
Dibaca : 18.959 kali.

Berikan komentar anda :

Silakan Login Untuk Komentar

Silakan Login atau Mendaftar terlebih dahulu jika anda belum menjadi anggota.

 Kolom untuk yang sudah menjadi member
Email
Password